Terma dan Syarat

Pihak penganjur, Total Life EMQR Motivation Academy (“Penganjur” atau “Talema”) dengan ini menerima bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikut mengikut aspek di bawah:


PENGANJURAN PROGRAM

  1. Semua kandungan modul adalah hak intelek Talema dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 2019. 


  1. Anda sama sekali dilarang :

  • Meniru, menyebar atau mencetak tanpa kebenaran bertulis.  

  • Merakam audio, visual, kamera atau seumpamanya sepanjang program fizikal atau webinar 

  • Menggunapakai latihan dari program Talema

  • Kegiatan mengambil data peribadi klien Talema 


  1. Sebagai klien kami yang berdaftar secara sah, anda perlu :

  • Mematuhi arahan serta syarat penyertaan yang ditetapkan

  • Berumur 12 tahun ke atas

  • Tertakluk kepada peraturan sekiranya berlaku pembatalan penyertaan dan yuran tidak akan dikembalikan 


  1. Pihak Talema ambil maklum mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 :

  • Tidak mendedahkan maklumat klien tanpa kebenaran


  1. Pihak Talema berhak 

  • mengubah (tarikh, metodologi) bagi sebarang anjuran program tanpa notis kepada klien 

  • mengambil tindakan sewajarnya termasuklah tindakan undang-undang.


BAYARAN

  1. Klein mempunyai hanya 1 kaedah pembayaran iaitu secara bayaran penuh sebelum program bermula atau sebelum akses pautan dilanggan. 


PEMBAYARAN SEMULA

  1. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN mahupun ditukar ke mana-mana program lain dibawah anjuran pihak penganjur. 


AKSES PAUTAN 

  1. Klien bertanggungjawab untuk : 

  • tidak berkongsi password atau kod yang diberi. Hanya boleh digunakan untuk satu penama yang sah berdaftar sahaja.

  • Mengikuti sepenuhnya modul yang telah dilanggan secara aplikasi

  • Memastikan urusan teknikal dalam keadaan baik semasa mengakses pautan.