PROGRAM INSPIRASI, TRANSFORMASI DAN MOTIVASI


Pelajarilah  3 : FSP (Formula, Solusi, Preskripsi) dalam membina kehidupan yang menyeluruh 3 langkah yang terbukti berkesan 

Untuk FSP ini berkesan, hendaklah dimulakan dengan NIAT YANG LURUS


MULAKAN SEKARANG!


Daftar Kelas Asas -Booking Slot 20 minit secara Percuma di atas aplikasi Zoom


Langkah 1

FORMULA: 5K

Ketahui Rahsia Formula 5K 

Jadi, anda sedang mencari Formula kehidupan yang lebih baik selepas ini? Formula kehidupan sebagai seorang :

  • Pekerja cemerlang?

  • Majikan atau Ketua contoh?

  • Ibu bapa Mithali?

  • Anak yang baik?

  • Suami Isteri ikutan?

  • Pelajar teladan?


Pernahkah anda tertanya? Apa sebenarnya kehidupan ini. Untuk apa? Adakah untuk memuaskan hati sendiri atau memenuhi kehendak orang di sekeliling kita yang berkepentingan mencorakkan kehidupan ini? Ibu bapa sebagai penasihat kepada anak, suami kepada isteri, majikan kepada pekerja, guru kepada anak murid dan sebagainya.  


Mari kita lihat contoh yang berlaku pada masa sekarang betapa ramai orang suka mempamerkan perniagaan, aktiviti, gerak geri seharian mereka dan dikongsi status di media sosial. Mengapa? Adakah itu memberi manfaat kepada orang lain untuk mendapatkan formula kehidupan masing-masing? Tak kira apa tujuannya, satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah setiap insan mencari erti ketenangan dan kebahagiaan sebenar. Atau seperti kebiasaan yang didengari “Bahagia Cara Masing-masing” antara terma yang membuktikan secara tidak formal bahawasanya aktiviti, pekerjaan atau hubungan berlaku dengan orang sekeliling adalah sebagai mendapatkan kebahagiaan. Tahukah anda formula kehidupan adalah seharusnya sama bagi setiap orang? Tidak boleh lain. Hanya SATU FORMULA. Yang membezakan hanyalah cara tempuh perjalanan seseorang untuk mencapai SATU FORMULA itu. 



Apakah SATU FORMULA itu? Ia adalah Formula 5K yang telah menjadi KUNCI UTAMA bagi 124,000 insan Rabbani yang terpilih sejak dari dahulu lagi. Formula kehidupan bukan semudah Alif Ba Ta yang mana kita mengatakan ianya dibentuk oleh diri kita sendiri. Sesuatu formula itu perlu diperolehi daripada Pencipta Kehidupan ini. Jika ada orang mengatakan yang formula itu dan ini, ianya hanyalah resepi atau tips yang dilalui mereka sendiri, namun tidak semestinya boleh diaplikasikan oleh orang lain. Jadi orang yang mengikut tips itu adalah sebagai Ikut-ikutan bukan dari keyakinan ilmu hasil dari formula itu. Justeru,  gabungan Formula 5K ini wajib dipelajari dari segi terjemahannya, maknanya, hikmahnya serta prosesnya. Siapa yang tidak tahu setiap formula ini maka tidak lengkap hidupnya sebagai seorang insan yang mulia. Marilah kita semua memasang niat untuk mempelajari Formula 5K ini. 


Pelajarilah Formula Keamanan untuk :

  • Memulakan kehidupan yang aman. 

  • Mengetahui dari mana sumbernya?


Pelajarilah Formula Ketenangan untuk:

  • Memenuhi kehidupan dengan positiviti

  • Mengetahui apa bentuknya?


Pelajarilah Formula Ketenteraman untuk:

  • Membentuk kehidupan yang berimpak

  • Mengetahui cara memperolehinya?


Pelajarilah Formula Kebahagiaan untuk:

  • Menjalani kehidupan mengikut kehendak Maha Pencipta

  • Mengetahui ke mana arahnya. 


Pelajarilah Formula Kejayaan untuk : 

  • Berterusan yakin berada di dalam kejayaan setiap masa

  • Mengetahui perskpektif sebenar kejayaan setiap insan.




Matlamat Hidup dan Rancang 

Setiap hari ada sahaja tempat yang perlu ditujui hatta walaupun hanya berada di dalam rumah, apabila anda hendak mengambil minuman, anda akan menuju ke dapur. Untuk bekerja anda menuju ke pejabat. Bukan setakat tahu arah tujuan tapi anda mesti sudah rancang apa yang perlu dilakukan semasa sampai di tempat itu. Begitulah juga dengan kehidupan. 


Sila jawab sendiri soalan di bawah ini, Adakah matlamat hidup saya

  • Telah dicapai dengan penuh keyakinan? 

  • Tepat seperti yang dikehendaki?

  • Hanya mengikut arus kehidupan?

  • Jelas atau samar-samar?

  • Ditentukan oleh individu lain?


Soalan-soalan ini adalah baik untuk membentuk minda yang sihat. Dengan soalan-soalan ini      jugalah menjadikan manusia itu sentiasa melalui kehidupan dengan cara melalui proses secara baik. Namun, lumrahnya setiap manusia perlukan jawapan bagi persoalan agar dapat merasakan kehidupan yang terjamin dan tidak sia-sia segala yang diusahakan sejak dilahirkan. 




Kenali kemuliaan penciptaan minda dan penciptaan insan 

Jadi anda sudah sedar bahawa manusia ini dicipta pasti ada kelebihan yang telah dikurniakan sejak dilahirkan. Satu-satunya yang membezakan keistimewaan manusia berbanding makhluk penciptaan lain ialah penciptaan akal atau minda. Tahukah anda minda ini diciptakan mempunyai 7 pengkhususannya. 


Kenali rahsia 7 minda ini yang wajib diketahui iaitu: 

  • Minda Sedar

  • Minda Tidak Sedar

  • Minda Separa Sedar

  • Minda Tertinggi

  • Minda Malaikat

  • Minda Luar Alam 

  • Minda Rabbaniyah 


Dengan mengenali 7 minda ini anda akan mengatasi segala permasalahan di dalam kehidupan dengan cara menyatukan semua minda ini dan  seterusnya akan membongkar kejadian insan yang dibentuk sehingga menjadi insan mulia. Di manakah terletaknya nilai kemuliaan sebenar insan? 


Ikuti Modul Formula 5K yang terbukti berkesan mempunyai keadaan Luar Biasa Hebat memotivasikan dalaman diri yang:

  • Menenangkan 

  • Menyejukkan 

  • Menyinari 


Langkah 2

SOLUSI : EMQR 

Ketahui 4 dimensi diri : EMQR


Setelah anda mempelajari Formula 5K pada Modul pertama, Langkah seterusnya anda pasti ingin mengetahui lebih lanjut tentang 4 dimensi dalaman diri agar anda boleh pastikan Emosi, Minda Qalbu dan Rohani anda sentiasa aman, tenang, tenteram, bahagia dan Berjaya.


Memperkenalkan program Wolrd Class at 4 Dimensions yang merupakan program multi-fasa yang direkakhas oleh pakar terkemuka dunia di dalam  bidang:

  • Psikologi Tubuh badan 

  • perubatan tenaga Getaran Semangat 

  • Teknonogi Pembuka Mata Hati 


Metodologi EMQR sebagai peneraju global dan terbukti sangat unik ini berfokus dan sangat komited menawarkan kepada setiap orang yang berminat  mendalami serta merasai sendiri program World Class Motivation 4 Dimension : ITM  yang bakal berjaya mengharungi cabaran dalam tempoh masa dan terbukti nilai kegunaannya ke dalam emosi, minda, qalbu dan Rohani. Hasilnya anda seterusnya pula mampu menjadi salah seorang daripada penganjur, pengurus malah promoter yang merasai, menikmati dan menghayati pengalaman dalaman, perasaan sebenar dari Formula Asas Kehidupan - Elemen Tertinggi yang Dikehendaki oleh setiap insan iaitu :

  • Peace 

  • Mercy 

  • Harmony 

  • Unity

  • Solidarity 

  • Tranquility 

  • Love


Sebelum anda memikirkan untuk merancang memperolehi 7 elemen di atas secara fizikal, ianya lebih penting ditanam, disemai secara internal untuk 4 sistem dimensi EMQR anda yang bakal tersebarnya elemen tersebut kepada orang terdekat yang anda sayangi. Dengan program yang berstruktur serta dipenuhi dengan keseronokan menjaminkan kepuasan dalaman secara berkekalan dengan syarat anda perlulah bersabar untuk terus konsisten menghadiri sekurang-kurangnya 40 hingga 99 program sepanjang hidup agar kesannya menyeluruh hingga: 

  • 24 jam

  • 365 Hari

  • 12 Bulan

  • 52 minggu 


Kerana apa? Kerana EMQR anda sebenarnya yang amat lapar, dahaga sehingga boleh terbunuh tanpa anda sedar, sangat memerlukan pengisian dalaman. Seperti juga fizikal kita memerlukan suplemen, vitamin, makanan dan minuman. Apabila keperluan dalaman anda terpenuhi dengan pendedahan program Internal High Profile EMQR ini, maka tidak hairan mereka yang benar-benar merasai 7 Elemen di atas tidak mahu terlepas dari terus mempelajari dan mengulanginya kerana memperolehi Instant Consciousness effect. 


Kata-kata Hikmah dari Grand Mentor:  

  • Its a billion dollar guarantee of PEACE PROGRAM that are rare to be found in the Global Market aďdressing the 24 hours need of Your EMQR

  • Patended in its absolute Global Rights and Authority you will never want to waste any‐more of your space,desire,time and passion without getting engaged into your EMQR with atkeast many or almost most of the Program.

  • Time tested formula worked on millions Knowledge and Wisdom extracted from treasures of 124,000 ambassador of the Almighty 

  • you have it at your threshold to experience a New You with a Great facek8ft of NEW EMQR.99%

  • Satisfaction guaranteed formula philosophy of life to achieve experience Eternal Permanent Flow of Peace deep within you from the Un8versal Source of Peace from the Golden Chains Masters of the path. 


Mengambil tahu Dis-ease dan  Mis-Allign

Setiap solusi yang perlu dipelajari serta diaplikasikan adalah bermula dari perasaan ingin mengetahui apa punca yang menyebabkan sesuatu permasalahan dalam hidup berlaku. Anda akan mula berfikir mengapa setiap insan tidak kira latar belakang agama, bangsa atau negara sedang dan pernah melalui 1001 keadaan seperti : 

  • Fobia

  • Anxiety

  • Trauma

  • Anger

  • Insomnia

  • Depress

  • Stress 


Pengenalan bagi tercetusnya keadaan tersebut perlu diketahui  kerana tanpa sedar ianya telah bermula dari dalaman diri sejak usia kecil seperti perasaan tidak selesa atau tidak seimbang pada emosi, minda, qalbu dan Rohani anda. 


Jadi, modul ini juga menekankan tentang punca 1001 Dis Ease dan mis Allignment yang merujuk kepada : 

  • Kepentingan 

  • Kesedaran

  • Kesan Negatif 



Tentukan analisis SWOT Anda

Jadi anda ingin mengetahui SWOT EMQR Anda? Pernahkah anda menganalisisnya? Di dalam program ini anda akan disedarkan tentang kepentingan memberi perhatian khusus kepada membentuk potensi diri anda secara internal.

  • Strong (Kekuatan)

Apa sebenarnya kekuatan diri anda yang memang tersedia serta dikurniakan oleh Maha Pencipta dari awal penciptaan insan tanpa sedikit pun terkurang.


  • Weakness (Kelemahan) 

Apa yang menyebabkan kekuatan diri anda menjadi lemah yang mana anda perlu mengetahu hikmah kejadian musuh-musuh dalaman anda yang cuba merampas nilai kebaikkan ini. 


  • Opportunity (Peluang)

Apa peluang dan ruang yang anda kena ambil dan cari?  Selagi masih bernyawa dan dikurniakan nafas amat rugilah jika terlepas peluang tersebut. 


  • Threat (Cabaran) 

Apa bentuk cabaran yang sentiasa anda hadapi? Dengan ilmu anda pasti boleh menghadapinya secara positif dan menukarkan cabaran itu sebagai momentum yang memacu kehidupan lebih cemerlang. 


Langkah 3

PRESKRIPSI : INSYAAF 

Ketahui nafas yang positif 


Jadi, setelah mengikuti program EMQR yang menggariskan panduan solusi di dalam kehidupan insan, maka anda perlu mendapatkan preskripsinya. Salah satu preskripsi yang dikurniakan di dalam kehidupan anda selama ini ialah Nafas. Tahukah anda, nafas anda mempengaruhi emosi anda? Bagaimana hendak membezakan nafas anda positif atau nafas negatif? Mempelajari tentang nafas ini bukan setakat secara saintifik, malah ia meliputi tentang beberapa aspek seperti :

  • perbezaan nafas dan pernafasan sebagai alat bagi mencapai Formula 5K yang di atas,

  • sebagai pelindung dari pelbagai fikiran negatif

  • fungsi menjaga kesihatan tubuh badan 

  • membentuk peribadi yang 3P (Positif, Praktis, Progresif) 


Mengikut langkah-langkah mencapai nafas positif

Tahukah anda terdapat banyak teknik pernafasan di pasaran yang digunapakai oleh para pelatih untuk menjadi lebih fokus dan sihat. Ramai tidak tahu elemen nafas yang percuma ini boleh dijadikan sebagai pencetus kepada formula 5K. Bagaimana konsep kesejahteraan diri boleh diterap dengan mudah? Ianya dicapai apabila mengetahui secara mendalam ilmu dan praktikal cara bernafas dengan betul. 


Untuk pengetahuan anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)di bawah Bahagian Pendidikan Kesihatan banyak mengsyorkan berkenaan dengan salah satu teknik terkenal iaitu Deep Breathing. Selain itu, Teknik Pernafasan INSYAAF telah mendapat sokongan KKM serta di bawah pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). 


Tanya diri anda sendiri, adakah selama ini pernah orang memberitahu anda tentang kepentingan nafas untuk menjamin ketenangan dalaman diri anda? Jika pernah, syukurilah dengan penuh ketakwaan. Jika belum pernah, maka inilah masa yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama anda mencari ‘ubat’ untuk mengatasi sakit-sakit anda yang tidak berpenghujung. Adakah sakit lain yang lebih dikhuatiri selain dari sakitnya emosi, sakitnya minda, sakitnya qalbu dan sakitnya rohani anda? 


Andai anda tidak mengikuti langkah-langkah mencapai nafas positif maka selama-lamalah nafas anda negatif dan selama-lamanya anda dalam keadaan stress secara dalaman. Dan paling ditakuti ialah nafas anda diragut oleh musuh yang ingin menjerumuskan diri anda ke lembah paling hina!


Mempelajari 7 teknik Pernafasan Sihat dan Sejahtera

Janganlah anda bimbang, sedih mahupun risau, jadikanlah cabaran sebagai kata-kata yang membakar semangat anda untuk terus menjalani kehidupan secara teratur dengan kehendak Yang Maha Pencipta. Pelajarilah segala preskripsi dengan teknik pernafasan INSYAAF yang berjaya mengubah kehidupan anda bermula dengan ubah nafas anda dari nafas yang negatif kepada nafas positif. Bersegeralah mendapatkan talian motivasi anda!