Tentang Kami

         


Total Life EMQR Motivation Academy


Total Life EMQR Motivation Academy atau dikenali sebagai Talema merupakan akademi pembangunan modal insan positif, praktis dan progresif yang memfokuskan latihan (coaching) secara berkumpulan atau individu. Klien kami yang mengikuti program seminar, bengkel, forum atau konferens bakal memperolehi satu elemen penting bagi melengkapkan kredibiliti menjadi insan yang mulia disisi Maha Pencipta. Melalui moto “Talian Motivasi Anda”, akademi kami bertanggung jawab membantu menyalurkan semangat motivasi semua lapisan masyarakat mengikut tahap umur menerusi:

  • Program Semai Adab  kepada golongan kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas

  • Program Ibu Cemerlang, Bapa Berjasa (Parenting) berumur 18 tahun ke atas

  • Program Inspirasi, Transformasi, Motivasi (ITM) berumur 18 tahun ke atas.


Talema bermula dengan menawarkan program pengenalan kepada kakitangan agensi Kerajaan mahupun penjawat swasta serta NGO di mana mendapat sambutan yang baik serta sokongan daripada pihak tertinggi negara sehinggalah ke bahagian komuniti kawasan bandar dan di luar bandar. Talema juga dibarisi oleh Coach, Consultant, Caunselor, Motivator dan Trainer yang mempunyai kelayakan mengikut bidang masing-masing dan diiktiraf juga di peringkat antarabangsa menerusi promosi program Talema yang dijalankan di luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja, India, China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain secara hibrid langsung atau tidak langsung.

Dalam masa 3 tahun sahaja terdapat hampir 99 program dilaksanakan yang telah Berjaya mencapai kepada 999 klien atau Self Coach mendapat manfaat berterusan apabila mempelajari serta mempraktikkan.

Sasaran kami adalah menjadi institusi yang membimbing dan melatih individu atau kumpulan organisasi bagi mempertingkatkan daya ketahanan dalaman diri- EMQR melalui pencapaian SIFAR NEGATIVITI, supaya boleh menghadapi apa sahaja cabaran kehidupan serta dapat berada di dalam masyarakat dan negara yang harmoni, sejahtera penuh Rahmah dan  kasih sayang.


VISI
Peneraju akademi latihan motivasi yang menjadi pencetus titik perubahan awal kepada kehidupan menyeluruh EMQR setiap individu di Malaysia dengan mensasarkan 50,000 orang bakal mencapai SIfar Negativiti menjelang tahun 2030.


MISI
Akademi yang membangunkan modal insan 3P iaitu Positif, Progresif Praktis dengan fokus menyampaikan program Inspirasi, Transformasi Motivasi (iTM) yang sangat unik, ulung, unggul dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan oleh 4 Dimension EMQR bagi memperolehi 5K - Keamanan, Ketenangan, Ketenteraman, Kebahagiaan dan Kejayaan.